Saturday, 16 April 2016

KOMEN DAN CADANGAN

Berikut adalah komen dan cadangan dalam masalah yang timbul sepanjang menjalani latihan industri.
Latihan industri merupakan salah satu landasan yang memberi peluang dan ruang kepada para pelajar untuk mempraktikkan apa yang dipelajari di Politeknik dalam suasana pekerjaan sebenar. Pilihan Politeknik untuk memberi peluang kepada pelajar menjalani latihan industri memang sangat baik. Terdapat banyak kebaikan yang dapat dilihat dan dipelajari samada secara fizikal ataupun mental.

Selain itu, pengetahuan dan pengalaman selama praktikal juga menjadi panduan kepada pelajar apabila menghadapi alam pekerjaan sebenar, malahan dapat juga diaplikasikan dalam pembelajaran di dalam kelas. Namun begitu, terdapat juga masalah yang dihadapi oleh para pelajar semasa menjalani latihan industri. Antaranya, kerja  atau tugasan yang diberikan tidak bersesuaian dengan modul yang dipelajari oleh pelajar. Memang pada mulanya tempat latihan industri berjanji akan memberi tugasan yang bersesuaian namun tidak semua tugasan menjurus kepada apa yang telah dipelajari oleh pelajar.

Pihak Parade Computer Enterprise.
Komen
Melalui pemerhatian selama bekerja atau menjalani latihan industri ini, tidak hairanlah jika begitu banyak perkara yang saya belajar. Hal ini sangat-sangat penting yang menjurus melalui cara kerja, sistem kerja dan sebagainya untuk memastikan hal ehwal mengenai pekerjaan tersebut adalah agenda utama dan sentiasa mendapat perhatian tidak kira pengetahuan umum atau sesama sendiri yang bekerja dalam syarikat ini.
            Saya mempelajari cara-cara berkerja di sebuah Parade Computer dengan efektif. Saya juga faham tentang pengurusan masa dengan betul dan juga menyiapkan kerja yang diberi pada masa yang ditetapkan. Ini akan membantu untuk menyelesaikan apa-apa maslah yang boleh menyebabkan maslah kepada Parade Computer dan juga pelanggan. Saya juga mendapat pengalaman dalam berkerja dengan projek-projek yang melibatkan kerajaan dan juga mengetahui cara berusan dengan kerajaan.
            Tambahan pula, sesuatu parade computer mesti memberi penjelesan tentang kerja atau tugasan diberi supaya boleh mengelakan masalah yang boleh menyebabkan kerosakan kepada Parade Computer itu.

Cadangan
Setelah melakukan pemerhatian dan sebagainya, pastinya cadangan untuk melakukan penambahbaikkan dalam kerja yang dilakukan adalah perlu. Bagi saya cadangan yang perlu dilakukan di Parade Computer ialah melakukan mesyuarat setiap dua kali seminggu untuk menjamin produktiviti terbaik bagi Parade Computer ini. Selain itu, cadangan yang perlu saya terapkan untuk pihak Parade Computer ini supaya bertindak secara kerjasama dengan lebih gigih lagi.
            Selain itu juga, cadangan saya dimana saya berharap setiap tahun Parade Computer akan melakukan pembaharuan dalam setiap produk-produk terbarunya. Tidak hanya mendapat perhatian di tempat tersebut, tetapi juga seluruh negara. Hal ini akan membangkitkan semangat para pekerja supaya lebih berdaya saing dan tidak melakukan kerja secara sambil lewa.
            Seterusnya, saya juga mencadangkan pihak Parade Computer melakukan kerja-kerja baikpulih di kawasan-kawasan yang perkhidmatannya agak kurang dalam bahagian membuat servis computer dan memasang internet talian di bandar.  Ini akan memastikan setiap pelanggan walaupun di luar bandar tetap merasa kepuasan dalam melanggan jalur lebar.

   Kesimpulannya, setiap cadangan yang saya pamerkan ini adalah untuk menjadikan Parade Computer adalah pilihan utama dalam sistem telekomunikasi yang terbaik di Malaysia. Dengan hal yang demikian akan menaikkan lagi struktur ekonomi dan imej bagi negara Malaysia.