Setelah saya menjalani
latihan industri di Parade Computer Seri Manjung, Perak. Saya telah
mengetahui dan mempelajari alam pekerjaan dengan lebih mendalam. Hasilnya saya
amat bangga dengan apa yang saya pelajari dan saya bersyukur kerana berjaya
menamatkan latihan industri ini dengan pengalaman yang amat berguna untuk masa
depan. Pengalaman ini bukan sahaja memperkenalkan saya kepada sesuatu yang
baru, malah ia memberi pendedahan awal kepada saya sebelum saya menjalani alam
pekerjaan yang sebenar.
Selain itu, saya juga ingin membuktikan bahawa apa yang mempelajari di dalam
kelas amat berguna bagi menempatkan diri di dalam alam pekerjaan sebenar kelak.
Pelajar juga akan lebih menyedari bahawa pentingnya subjek yang dipelajari
sebagai pegangan dalam meneruskan cita-cita yang ingin dikehendaki walaupun
teori yang dipelajari tidak semestinya sama dengan yang dilakukan sewaktu
tempoh latihan industri namun kesungguhan dan semangat amat penting sebelum
menceburi diri di alam pekerjaan.
Banyak ilmu yang saya perolehi ketika menjalani program Latihan Industri ini.
Segala ilmu yang diterapkan dan dipelajari sepanjang latihan akan saya gunakan
sebaik mungkin untuk melangkah ke alam pekarjaan nanti. Latihan ini banyak membimbing
pelajar yang tidak mengetahui akan kos tambahan yang diambil dan dipelajari
semasa di Politeknik.
Pada kesimpulannya, latihan industri sememangnya program yang amat baik dan
dapat melahirkan potensi kepada pelajar untuk lebih berkualiti di dalam bidang
yang mereka ingin ceburi pada masa kini. Semasa latihan juga, saya telah
merasai bagaimana suasana sebenar di alam pekerjaan, serta hubungan yang baik
iaitu saling bantu - membantu dan berkerjasama di sepanjang saya menjalani
latihan industri.