Tanpa latihan industri, seseorang pelajar itu tidak akan
mempraktikkan segala kemahiran yang telah diperolehi. Kes ini sekaligus akan
menyukarkan pelajar untuk mencari pekerjaan. Ini kerana, kebanyakan majikan
akan melihat dan menilai bakal pekerjanya dengan kemahiran dan pengalaman kerja
yang telah dilaluinya sebelum ini.
Dengan adanya latihan industri, pelajar akan mendapat
peluang pekerjaan dengan lebih mudah kerana telah memiliki pengalaman bekerja
semasa latihan industri. Ia juga menjadikan pelajar berfikiran lebih
terbuka dan berpandangan jauh di dalam bidang yang diceburi. Pelajar akan
dapat melihat dan mendapatkan pengalaman di dalam bidang yang telah dipilih.
Program yang dijalankan ini melahirkan tenaga separa mahir dan profesional seiring dengan sektor perindustrian terkini. Lantaran tu, pelajar akan lebih bersemangat untuk berusaha dan berjaya selepas tamat latihan untuk mencari pekerjaan yang bagus dan seterusnya memberi komitmen menyeluruh di alam pekerjaan sebenar.