Program Latihan Industri dirancang untuk membantu pelajar
mencapai objektif berikut
1. Mendapat pendedahan secara langsung terhadap profesion
serta aplikasi dalam bidang masing-masing.
2. Memberi peluang untuk berkomunikasi dan bekerjasama
dengan para professional dari pelbagai bidang
3. Menimba pengalaman bekerja di dalam suatu organisasi
professional.
4. Membina daya kreativiti, kemahiran teknikal,
interpersonal dan komunikasi.
5. Menjalin dan mengeratkan hubungan dengan ahli profesional
di luar kawasan pengajian.
6. Mengurus masa dengan cekap disamping mudah menyesuaikan
diri kepada aplikasi kejuruteraan, teknologi, pengurusan terkini dan
masa depan.
7. Memantapkan ilmu, teknik dan kemahiran menggunakan
peralatan moden dalam bidang yang diceburI.
8. Membina semangat dan keyakinan diri untuk menempuh
cabaran dan persaingan selain dapat membina sifat amanah dan tanggungjawab dalam melaksanakan
tugas yang diberi