Saturday, 16 April 2016

MINGGU 1 - MINGGU 5


Pengenalan

  Jangka masa selama 20 minggu atau 6 bulan menjalani Latihan Industri di Parade Computer Enterprise sedikit sebanyak telah mendedahkan saya ke alam pekerjaan sebenar. Di sini saya telah dibahagikan kepada 2 bidang kerja pada tempoh 20 minggu tersebut.Pada 3 bulan pertama,saya ditugaskan di HQ Parade Computer iaitu tempat untuk memperbaiki serta membuat service tentang permasalahan CPU,komputer riba dan sebagainya. 3 bulan berikutnya pula saya ditempatkan Parade Computer ‘Branch’ iaitu kedai yang menjual pelbagai aksesori serta barangan yang berkaitan IT.
             Di HQ,saya berada dibawah bimbingan ‘leader’ atau ketua yang bernama David. Dia telah memberi segala tunjuk ajar berkaitan tentang pembaikian. Di Branch pula, saya dibimbing oleh Nur Syazwani iaitu staff tetap di sana.Selama 6 bulan disini banyak yang telah saya pelajari dan telah diperolehi semasa menjalani Latihan Industri dalam bidang ‘Technician’ dan ‘Jualan’ ini. Secara ringkasnya serta menyeluruh dapatlah saya menerangkan tugas saya sepanjang tempoh Latihan Industri ini.



  RINGKASAN LAPORAN HARIAN LATIHAN INDUSTRI
Minggu
Tarikh
Aktiviti
MINGGU 1 – MINGGU 5

30 Nov 2015 - 2 Jan 2016
-Mempelajari dan memahami kelebihan software antivirus tersebut.
-Majikan saya mengadakan PC Fair.
-Mempelajari kelebihan barang komputer aksesori tersebut.
-Menjual barang aksesori kepeada pelanggan tersebut.
-Mempelajari kelebihan dalam setiap jenis pencetak.
-Mempelajari cara untuk memasang kartrij dalam setiap jenis pencetak.